Pilihanraya Ke 13, dijangka akan mewujudkan dikotomi antara kaum, dan Dikotomi Kota dan Luar Bandar. Adakah sistem Pendidikan akan berubah mengikut Dikotomi Juga?
Pada
tahun-tahun awal sebelum perang dunia ke dua dan selepas perang, taburan
kependudukan kota
dan desa menentukan keupayaan ekonomi masyarakat. Keupayaan masyarakat
pendatang dalam bidang ekonomi di kota
sangat jelas. Sebaliknya masyarakat Melayu di desa-desa ketinggalan jauh ke
belakang. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu penghasilan daripada dikotomi kota dan desa tersebut.
Politik kota
dan desa merupakan pola penting terhadap keharmonian kaum. Namun sebagaimana
yang digambarkan oleh sasterawan, kaum Melayu tewas di kota dan terjebak dalam kehidupan yang tidak
bermoral. Sebaliknya pula di desa mereka hidup dalam kemelut ekonomi yang
dikuasai oleh golongan pemodal yang sekali gus bertindak sebagai penindas.
Kemiskinan desa dan kemiskinan di kota
adalah dihuni oleh masyarakat Melayu. Dengan itu kesedaran terhadap semangat
dan roh kebangsaan melahirkan Perlembagaan dan dasar-dasar yang berteraskan
masyarakat Melayu sebagai teras kebangsaan, termasuk Akta Pendidikan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Allahyarham Tun Abdul Razak
meletakkan asas-asas yang kukuh dalam menjamin supaya dikotomi antara desa dan kota dapat disinkroniskan.
Kefahaman
terhadap dasar-dasar kebangsaan tersebut adalah satu pilihan yang telah
diberikan oleh kebijaksanaan pemikiran bersama. Oleh itu semangat dan roh
kebangsaan dengan sendirinya menjadi suatu teras kepercayaan untuk semua warga kota dan desa tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama. Pengluasan dasar matematik dan sains dalam
bahasa Inggeris telah meletakkan suatu dikotomi baru yang bertentangan dengan
hasrat jiwa dan roh kebangsaan tersebut. Ibarat sistem ekonomi yang berbeza
antara desa dan kota ,
kemelut bahasa ini akan mengheret kepada jurang dikotomi yang semakin
melebar.
Contoh klasik
yang sering diambil oleh ahli Komunikasi Antarabudaya tentang
permasalahan bahasa dan dasar politik ialah di negara
No comments:
Post a Comment